PERATURAN AM

  • Pengguna perlu berpakaian kemas serta memakai pas keselamatan sepanjang berada di dalam perpustakaan
  • Barang-barang persendirian perlu diletakkan di rak yang telah disediakan
  • Pengguna dilarang tidur, membuat bising, makan/minum dan merokok di dalam perpustakaan
  • Pengguna adalah bertanggungjawab ke atas keselamatan bahan perpustakaan dan dilarang membuat sebarang kerosakan
  • Telefon bimbit perlu disenyapkan deringan (silent mode)
  • Buku-buku yang telah dipinjam dan dibawa masuk ke perpustakaan hendaklah ditunjukkan kepada staf perpustakaan yang bertugas
  • Perpustakaan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan/kerosakan barang persendirian milik pengguna
  • Pengguna dilarang memuat turun lagu, video dan sebagainya menggunakan komputer yang tersedia di Bilik Multimedia