POLISI PINJAMAN

  • Pinjaman hanya terbuka kepada ahli yang berdaftar sahaja
  • Pembaharuan pinjaman boleh dibuat melalui e-mel, telefon atau datang sendiri ke Kaunter Perpustakaan
  • Koleksi tidak bercetak tidak dibenarkan untuk dipinjam
  • Peminjam adalah bertanggungjawab ke atas bahan yang dipinjam. Sebarang kehilangan atau kerosakan perlu diganti dengan harga semasa bahan atau harga sewaktu dibeli tertakluk kepada mana yang lebih tinggi.
  • Pengguna dinasihatkan untuk menyimpan resit pinjaman/pemulangan sebagai bukti transaksi.
  • Bagi Pegawai dan kakitangan yang akan bertugas ke luar negara, bertukar, bersara, berhenti atau cuti belajar wajib mengembalikan bahan yang dipinjam kepada perpustakaan dengan kadar segera.

KELAYAKAN PINJAMAN

BAHAN

BIL. NASKHAH

TEMPOH PINJAMAN BAHAN

Buku

7 buah

2 minggu

Buku Rujukan (bertanda merah)

1 minggu

Majalah/Jurnal

(Kecuali majalah keluaran terkini)

5 buah

1 minggu

Majalah Berjilid

7 buah

2 minggu

Koleksi Pinjaman Berkelompok (PNM)

7 buah

1 minggu