LATAR BELAKANG

Perpustakaan Wisma Putra terletak di aras 1, Bangunan WP2, Kementerian Luar Negeri, Putrajaya. Penubuhan Perpustakaan Wisma Putra adalah bertujuan untuk memupuk budaya membaca dan cintakan ilmu serta berpengetahuan dalam kalangan warga Kementerian.

Perpustakaan Wisma Putra menyediakan bahan rujukan dan penyelidikan kepada warga kakitangan Wisma Putra khususnya, dan agensi di bawah Kementerian Luar Negeri iaitu IDFR dan SEARCCT dengan menawarkan pelbagai perkhidmatan, koleksi dan kemudahan.

Perpustakaan Wisma Putra mempunyai jumlah koleksi sebanyak 28,273 naskhah setakat November 2024.

Visi:  Menjadi pusat rujukan utama dan pemangkin kecemerlangan pembudayaan ilmu kepada warga kementerian melalui capaian maklumat secara fizikal dan maya kepada pengguna.

Misi: Mempertingkatkan perkhidmatan perpustakaan untuk kakitangan Kementerian dengan menyediakan sumber rujukan maklumat yang tepat, cepat dan sahih untuk memenuhi pembelajaran dan keperluan maklumat warga kementerian.

Objektif: Memenuhi keperluan maklumat warga Kementerian dan jabatan-jabatan di bawahnya dengan menyediakan perkhidmatan tambah nilai maklumat melalui proses penilaian, pengolahan, pempakejan dan pemasaran maklumat ke arah mewujudkan komuniti Kementerian yang bermaklumat dan berpengetahuan.