PERATURAN
- Pengguna perlu berpakaian kemas serta memakai pas keselamatan sepanjang berada di dalam perpustakaan
- Pengguna dilarang tidur, membuat bising, makan/minum dan merokok di dalam perpustakaan
- Pengguna adalah bertanggungjawab ke atas keselamatan bahan perpustakaan dan dilarang membuat sebarang kerosakan
- Telefon bimbit perlu disenyapkan deringan (silent mode)
- Buku-buku yang telah dipinjam dan dibawa masuk ke perpustakaan hendaklah ditunjukkan kepada staf perpustakaan yang bertugas
- Perpustakaan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan/kerosakan barang persendirian milik pengguna
- Pengguna dilarang memuat turun lagu, video dan sebagainya menggunakan komputer yang tersedia di Bilik Multimedia