POLISI PERPUSTAKAAN
POLISI PINJAMAN
- Pinjaman hanya terbuka kepada ahli yang berdaftar sahaja
- Pembaharuan pinjaman boleh dibuat melalui e-mel, telefon atau datang sendiri ke Kaunter Perpustakaan
- Koleksi tidak bercetak tidak dibenarkan untuk dipinjam
- Peminjam adalah bertanggungjawab ke atas bahan yang dipinjam. Sebarang kehilangan atau kerosakan perlu diganti dengan harga semasa bahan atau harga sewaktu dibeli tertakluk kepada mana yang lebih tinggi.
- Pengguna dinasihatkan untuk menyimpan resit pinjaman/pemulangan sebagai bukti transaksi.
- Bagi Pegawai dan kakitangan yang akan bertugas ke luar negara, bertukar, bersara, berhenti atau cuti belajar wajib mengembalikan bahan yang dipinjam kepada perpustakaan dengan kadar segera.
KELAYAKAN PINJAMAN
BAHAN | BIL. NASKHAH | TEMPOH PINJAMAN BAHAN |
Buku | 7 buah | 2 minggu |
Buku Rujukan (bertanda merah) | 1 minggu | |
Majalah/Jurnal (Kecuali majalah keluaran terkini) | 5 buah | 1 minggu |
Majalah Berjilid | 7 buah | 2 minggu |